dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pembelajaran Kadar Kendiri

01 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Selasa, 31 Mei 2016 – Satu sesi pengenalan kepada sistem Pembelajaran Kadar Kendiri (Open Learning) telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Linggi. Ianya diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti tuisyen e-Kelas yang dijalankan di sini sejak Januari yang lalu. Sesi ini dikendalikan oleh pasukan Maxis Funzone bermula dari jam 10 pagi hinggalah ke jam 6.00 petang.

Tujuannya ialah untuk mengajak pelajar mentransformasikan pembelajaran mereka melalui pelajaran kendiri yang efektif untuk kecemerlangan peperiksaan. Pelajar yang berdaftar dengan e-Kelas berpeluang untuk mengakses sebuah portal yang disediakan khas untuk mereka mengulangkaji pelajaran, mencari nota, membuat latihan dan menilai keupayaan mereka sendiri di dalam menjawab soalan berasaskan format peperiksaan.

Selain itu, pelajar e-Kelas yang berdaftar di PI ini juga berpeluang untuk menyertai satu kumpulan tertutup di FB yang disediakan khas untuk mereka bertanya soalan, mendapat maklumat dan yang paling menarik ialah dapat menonton semula video rakaman tuisyen yang diajar oleh guru tentang topik-topik yang telah mereka pelajari di dalam e-Kelas. Ini dapat membantu mereka mengulangkaji semula dirumah agar lebih faham tentang apa yang telah diajar oleh guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.